send link to app

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan app for iPhone and iPad


4.0 ( 0 ratings )
Education
Developer: MAGICX SDN. BHD.
Free
Current version: 1.0, last update: 7 years ago
First release : 23 May 2016
App size: 0 Bytes

Cadangan awal Kerajaan Negeri Melaka ialah untuk menamakannya sebagai Memorial Tunku Abdul Rahman tetapi telah diubah kepada Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Ini bersesuaian dengan satu peristiwa penting iaitu tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Pahlawan, Bandar Hilir pada 20 Februari 1956. Bersempena dengan sambutan perayaan kemerdekaan Ke-28, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 1985.
Galeri Interaktif ini diilhamkan adalah untuk menjadikan bahan-bahan yang bersifat pegun ataupun statik dapat dilihat oleh pengunjung sebagai satu bahan yang dinamik dan memberi impak kepada pengunjung dari segi penyampaian maksud dan pengetahuan sesuatu bahan dengan lebih jelas dan mudah difahami.
Jika dilihat dari segi konteks pemahaman dan tarikan masa kini, sesuatu aktiviti yang melibatkan paparan maklumat dalam bentuk visual dan interaktif mudah menarik minat khususnya golongan muda.
Teknologi yang digunakan untuk aplikasi Galeri Interaktif ini adalah dengan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) yang menggabungkan Realiti dan Maya. Kaedah yang diterapkan dalam Galeri Interaktif ini adalah dengan menghalakan kamera tablet yang disediakan kepada bahan bergambar ataupun bahan statik yang telah ditandakan mempunyai keupayaan imbasan. Imbas sahaja bahan tersebut dan pengunjung boleh melihat video mengikut peristiwa, keadaan dan kawasan tersebut.
Diharapkan usaha ini dapat menimbulkan rasa cinta kepada negara dan juga lebih mengenali peribadi pemimpin-pemimpin Malaysia yang berwibawa yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.